Friday, October 13, 2006

treasure hunt..

ramadhan sudah hampir ke penghujung nya, bagaimana dengan ramadhan korang kali ni? sudah kah kita berinteraksi dengan 'our inner self?' setakat mana telah kita pergunakan madrasah ramadhan? bukankah nabi telah pesan adalah amat rugi seseorang tu apabila dia masih tidak mendapat rahmat Allah sehabisnya Ramadhan? nabi s.a.w pesan lagi seandainya kita tahu akan kelebihan yang terdapat pada bulan ramadhan nescaya kita mengharapkan ramadhan berlaku pada setiap bulan! dan sudah tentu mulia nya Ramadhan itu dengan kehadiran lailatuldqadr. memang kita tak tahu bila datangnya lailatulqadr akan tetapi nabi Muhammad s.a.w mempertingkatkan amalan baginda pada peringkat akhir ramadhan dan menyuruh para sahabat mencari lailatulqadr pada sepuluh akhir Ramadhan ... kalau nabi yang sempurna pun masih beribadat dengan bersungguh-sungguh pada akhir Ramadhan maka apakah mampu kita yang penuh dengan dosa ni menggunakan alasan nak periksa dan letih untuk tidak bangun beribadat?
lailatulqadr itu adalah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan... bukan ia malam seribu bulan tapi lebih baik dari seribu bulan dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa baik nya malam tu. okey la nak senang bagi korang nampak betapa best nye sape yang dapat malam ni jom kita kira-kira...
(sumber: puasa dan persiapan menuggu 10 akhir ramadahan, ustz alias othman)

-Lailatulqadar lebih baik dari seribu bulan
-10,000 bulan =10,000 x 30 malam = 30,000
-Ertinya ganda amal malam lailatulqadar ialah 30,000
-Kalau baca surah Fatihah malam lailatqadar dapat 41,700,000 pahala ini kerana
-Surah Fatihah ada 139 hurf x 10 pahala x 30,000 malam = 41,700,000
-Kalau baca 1 juzuk Quran malam lalatulqadr dapat pahala 3,420,000,000 ini kerana:
1 baris Quran = 38 hurf x 15 baris
38 x 15 = 570 huruf
570 hurf x 20 ms/1 juzk = 11,400 hurf
11,400 hurf x 1 hurf 10 pahala = 114,000
114,000 x 30,000 malam (1000 bulan) = 3,420,000,000 juta pahala

-Kalau 3,420,000,000 ditukar kepada RM sebagai upah baca 1 juzuk Quran malam lalalatulqadar, adakah orang yang akan tidur?

-Kalau ditambah pahala 29 juzuk dibaca selain malam lalatulqadar akan dapat pahala:
Pahala 1 malam 114,000 x 29 = 3,306,000 juta + 3,420,000,000
= 3,423,306,000 juta

nampak tak betapa kaya nye kita kalau jumpa dengan malam ni? tu baru baca al-Quran belum sembahyang tahajud dan zikir lagi... korang kan suke main treasure hunt, cari lailatulqadr ni lah sebenar nyer treasure hunt terbest skali sebenarnye!!! rugi kalau tak join skali!!
jom sama -sama kita treasure hunt lailatulqadr!!
smoga berjaya!!!

No comments:

Post a Comment

Search