Sunday, July 8, 2007

SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI KAMPUS


SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI KAMPUS
(DDMM Fasa 1)


Tarikh : 15 Julai 2007 (Ahad)
Tempat : Auditorium B, Kuliyyah of Enginering, UIA, Gombak
Masa : 8.30pg-4.30ptg
Yuran : RM 20 (Pelajar - RM 15)
Anjuran: KARISMA Care (K-Care)

"We Care, We Share"

Slot 1: “Pengalaman Sebagai Bekas Penganut Agama Kristian”
oleh Bro Joannes Lukas

Slot 2: Kewajipan Berdakwah
oleh Bro Ahmad Khairy Ahmad Domil

Slot 3: Memahami Masyarakat Cina
oleh Bro Danial Hakim Boey

Slot 4: Memahami Masyarakat India
oleh Bro Mohd. Fitri Abdullah

Slot 5: Cabaran & Halatuju Dakwah di Kampus
oleh Bro Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 11 JUL 2007 (RABU)
DAFTAR SEGERA ! TERBUKA KEPADA SEMUA!



Profil Penceramah:

1. Bro Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester

Pengerusi Hidayah Centre. Bekas "Tentera Kristus" Kristian Katholik. Setelah memeluk agama Islam, mendapat latihan dakwah beberapa organisasi Islam antarabangsa di Amerika Syarikat. Berpengalaman dalam menganjurkan dan memberi ceramah berkaitan dakwah dalam masyarakat majmuk di seluruh Malaysia. Pernah menjadi Imam dan Khatib di beberapa buah Pusat Islam dan Masjid di Amerika Syarikat.


2. Bro Ahmad Khairy Ahmad Domil

Seorang pendakwah yang cukup komited dalam menyampaikan dakwah kepada mereka yang belum Islam. Menghadiri pelbagai latihan dakwah dan perbandingan agama. Beliau juga berpengalaman dalam menyampaikan ceramah berkaitan dakwah dalam masyarakat majmuk.


3. Bro Danial Hakim Boey

Aktivis Dakwah yang sekarang bergiat aktif sebagai AJK Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Seorang pakar di dalam sejarah Islam di negeri Cina dan agama Buddhisma. Pernah menyertai dengan sepenuhnya program intensif Perbandingan Agama di Mumbai, India dibawah kelolaan Islamic Research Foundation.


4. Bro Muhammad Ftri Abdullah

Seorang bekas Setiausaha Persatuan Hindu Sangam Malaysia. Memeluk agama Islam ditangan Prof. Dr. Harun Din. Graduan di dalam bidang perniagaan dan pernah menjawat jawatan di Maybank dan Abrar Finance. Kini bertugas sebagai Pengerusi PERKIM Serendah dan AJK PERKIM Kuala Lumpur. Aktif berdakwah diperingkat nasional

5. Bro Joannes Lukas


Pendakwah muda ini memeluk Islam ketika menuntut di universiti dan sekarang aktif berdakwah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Bekas penganut Kristian ini sudah menyertai pelbagai program latihan dakwah dan perbandingan agama.


Sebarang pertanyaan hubungi :

Bro Mohammad Faizal Abdullah
JK Dakwah KARISMA Nasional
KARISMA Care (K-Care)
(care_257@yahoo. com)
012-2921105

karisma.jim.org.my

No comments:

Post a Comment

Search